Wednesday, March 27, 2013

PERHATIAN! DAKWAT KEKAL MAMPU KALAHKAN BN @TengkuAdnanReal

Mungkin selama ini tidak ramai atau tiada siapa tahu kenapa pembangkang beriya iya mahukan agar dakwat kekal digunakan dalam PRU13 nanti melainkan kepimpinan dalam pembangkang.

Pembangkang mengatakan bahawa dakwat kekal itu digunakan supaya ianya nampak telus dan dengan harapan supaya SPR dilihat tidak menjalankan amanah dengan betul selama ini.

Apa sebenarnya yang difikirkan oleh pembangkang?

Ini adalah apa yang HM fikirkan selama ini dan kemungkinan besar ianya akan digunapakai untuk makcik makcik dan pakcik pakcik yang berada di kampung yang tidak tahu menahu tentang penggunaan dakwat kekal tersebut.

Walaupun SPR mengatakan bahawa warna dakwat hanya akan diketahui semasa pilihanraya, namun semasa di awal proses pengundian, warna tersebut telah pun diketahui dan perkara ini tidak dapat dielakkan lagi.

Pembangkang akan menggunakan dakwat ini untuk menidakkan hak pengundi khususnya ahli UMNO supaya gagal membuang undi di peti undi masing masing.

Bagaimana caranya?

Caranya begini, pembangkang akan meletakkan kenderaan kenderaan untuk menjadi pengangkutan kepada makcik makcik atau pakcik pakcik atau sesiapa sahaja untuk pergi ke pusat pembuangan undi.

Jadi, semasa dalam perjalan, sekiranya dakwat ini dikenakan atau dicalitkan ke jari si pengundi oleh ajen pengangkutan ini, maka si pengundi tidak boleh mengundi lagi kerana sudah ada kesan dakwat pada jari mereka.

Apabila tiba ke pusat pembuangan undi, pengundi yang akan membuang undi akan diminta untuk menunjukkan jari mereka dan setelah terlihat kesan dakwat, maka petugas SPR tidak akan membenarkan mereka untuk membuang undi, walaupun pada hakikatnya mereka ini belum lagi membuang undi pada hari berkenaan.

Nampak kemana arah tujunya bukan?

Jadi adakah ianya mustahil atau ianya boleh menjadi kenyataan disini?

Perkara ini perlu difikirkan segera oleh SPR kerana ianya melibatkan hak pengundi untuk membuang undi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...