Tuesday, March 19, 2013

DUKACITANYA RAJA MUDA BILA PAS..

Tindakan parti politik memanipulasi kandungan titah Pemangku Raja Muda Raja Dr Nazrin Shah untuk kepentingan politik mengundang dukacita baginda.

Raja Dr Nazrin bertitah, perbuatan melibatkan baginda ke kancah politik memberikan gambaran tidak betul kepada institusi diraja.

"Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh beta untuk meraih sokongan politik sebenarnya boleh disifatkan mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian dan melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah," titah baginda ketika menyempurnakan istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan ke-85 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, di sini hari ini.

Menurut baginda, perkara tersebut menimbulkan kekeliruan dari kalangan rakyat yang melihat baginda menzahirkan sokongan kepada parti politik tertentu.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kesal dengan sikap Pakatan Rakyat yang menggunakan masjid sebagai pentas politik.

Menurut Zambry, Sultan Perak telah bertitah mengenai larangan menggunakan masjid dan surau sebagai tempat meraih sokongan politik.

"Samada tazkirah dalam masjid atau surau, laungannya jelas ada alunan politik, ini sesuatu yang tidak baik kerana menunjukkan larangan Sultan Perak tidak dipatuhi."

"Ini bukan soal politik tetapi apabila dititahkan, maka ia perlu dihormati, malangnya masih ada puak yang tidak ambil peduli dan sanggup ambil kesempatan di mana-mana sahaja," katanya.
 
Sumber:KLPOST



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...