Saya yakin, kalaulah Tok Kenali masih hidup, berkemungkinan besar Bob Lokman akan dibelasah menggunakan ranting atau tongkat ulama tersohor itu. Setahu saya dan umat Islam di negara ini tahu mengenai sifat menepati janji. Umat Islam sememangnya dituntut untuk menepati janji dan berdasarkan hadis Rasulullah SAW, tidak menepati janji itu adalah sifat golongan munafik.
Jadi, adalah berlawanan sangat jika Bob Lokman mengatakan “Janji Ditepati” itu sebagai “Janji Iblis”. Sebagaimana maklum, iblis memang suka mereka-mereka yang mungkir janji, bukan? Dari itu, secara mantiknya adalah jelas menunjukkan iblis membenci program “Janji Ditepati” kerana program tersebut ternyata mengamalkan sunnah yang dituntut Rasulullah SAW dan ajaran Islam sebenar!
Mengapa Bob Lokman takut dan benci sangat dengan program “Janji Ditepati”? Apakah dia juga sama seperti iblis yang takut dan benci umat Muhammad SAW mengamalkan ajaran Islam di negara ini? Saya faham Bob Lokman menyokong pembangkang. Tapi kalau nak bangkang pun, bangkanglah sesuatu yang wajar. Kalau perkara mulia dan sangat dituntut Islam pun dia nak bangkang, apakah logiknya dia berbuat demikian?
SUMBER: SGM
No comments:
Post a Comment