Friday, March 15, 2013

PAS PERAK PULA CABAR PKR UNTUK BERTANDING DI BAGAN SERAI

Pas kawasan bagan serai melanggar PKR dengan mengambil keputusan sebulat suara ingin bertanding Kerusi Parlimen milik PKR dan DUN Alor Pongsu dalam pilihanraya 13

Situasi ini yang terbaru memberi tamparan hebat kepada pengerusi PKR,Dr. Muhammad Nur Manuty dan PKR Cabang Bagan Serai sesudah disusun beberapa siri demonstrasi oleh penyokong parti itu bagi membantah pemilihan Dr. Muhammad Nur sebagai calon untuk parlimen Bagan Serai.

Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Bagan Serai,Ramli Tusin pula lansung tidak berbincang dengan Cabang PKR,lansung mengambil keputusan sebulat suara dari 57cawangan PAS aktif tanpa berbincang dengan Cabang PKR di kawasan tersebut dengan andaian kebimbangan pepecahan PKR yang menajadi punca kegawatan Pakatan Negeri Perak.

YDP PAS lansung tidak memaklumkan kepada Pakatan Pusat ingin bertanding lagi cuma akan tetap pada calon PAS akan bertanding di Bagan Serai.

Juga dimaklumkan bahawa YDP PAS Bagan Serai memberitahu bahawa Pepecahan PKR yang begitu serius di Negeri Perak terutamanya di Bagan Serai membuktikan kelemahan yang nyata Pakatan yang lansung tiada berpakat sehingga berebut kerusi yang telah dirancangkan sebelum ini.

PAS Bagan Serai sudah bergerak secara bersendirian meninggalkan Pakatan,ini menunjukkan pepecahan pakatan sudah berlaku bukan sahaja di Pusat,malah di akar umbi juga berebut-rebut kerusi.

Kenyataan kenyataan terbuka di media membuktikan pepecahan-pepecahan yang amat kritikal pepecahan dalam PKR dan PAS Bagan Serai makin emruncing dan gagal diselamatkan.

Tempoh masa yang begitu singkat sebelum pilihanraya 13 ini membawa bencana besar kepada pakatan perak kerana gagal menyelesaikan masalah dalaman walaupun sudah diberikan masa yang cukup sebelum ini.Ditambah pula dengan tindakan puak PAS membuat kenyataan sebegini menyukarkan kerjasama PKR dan PAS di Bagan Serai.

PAS Bagan Serai meletakkan calonnya di 2 tempat ini juga bukan sahaja langgar dan ingkar arahan Pakatan negeri tetapi juga melanggar arahan Nik Aziz dan Hadi Awang Kepimpinan PAS Pusat atau semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

Konsep Tahalul Siyasi juga dilanggar oleh PAS Bagan Serai menyebabkan pembahagian Pakatan negeri dan pusat dilanggar akibat merebut pembahagian kerusi Bagan Serai.

Maka,kalau beginilah cara pakatan mentadbir keputusan,hancurlah Negara.
Fikir-fikirkanlah


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...