Monday, March 18, 2013

PEGAWAI TINGGI KERAJAAN DIKECAM OLEH @ahmadmaslan DI PERAK @NajibRazak @TengkuAdnanReal

Ketua Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Maslan bersama wakil-wakil penceramah UMNO Negeri Perak petang tadi berkata tindakan bekas pegawai tinggi kerajaan menyokong pembangkang berkemungkinan sebagai jalan pintas untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ke 13 kali ini melihat kepada ketandusan pemimpin Pakatan di Negeri Perak yang semakin hari semakin bercelaru di Negeri Perak kerana perebutan kerusi calon sehinggakan Pembangkang berterabur pergerakkan di Negeri Perak dan mungkin boleh menjadi di Negeri-negeri yang memerlukan.

Beliau juga mendakwa golongan berkenaan seolah-olah ingin "memotong barisan" anggota pembangkang yang telah lama berjuang dalam parti, untuk menjadi calon pilihan raya.

"Jadi, ada pemimpin yang sudah 10 tahun, 20 tahun…hanya menelan air liur kerana ada pemimpin "short cut" yang memotong barisan pemimpin yang telah lama berjuang dalam parti pembangkang," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Jentera Penerangan Perak di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan termasuk daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertindak menyokong pembangkang.

"Mereka tengok agaknya berniaga tak bagus, mungkin juga mereka suka berceramah atau mungkin ada perkara yang mereka tidak persetujui (ketika berkhidmat dalam kerajaan), jadi mereka fikir kalau aku masuk parti pembangkang ada peluang jadi calon agaknya," katanya.

Bagaimanapun, katanya tindakan golongan berkenaan tidak penjejaskan Barisan Nasional (BN) kerana mereka adalah suara minoriti.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...