Sudah mula seorang lagi artis muda bersama BNYCT dalam himpunan Aktivis Siber BNYCT. Ini adalah himpunan Aktivis dibawah satu payung BN Youth Siber Team untuk terus mengekalkan kepimpinan Kerajaan sedia ada hari ini.
Tujuannya Himpunan aktivis Siber BNYCT ini ditubuhkan adalah untuk menyatukan semua sumber bakat, tenaga dan fikiran di kalangan seramai mungkin penggiat siber dan bakat-bakat kreatif pro-BN dan pro-kerajaan dan mengkoordinasikan gerak kerja siber agar maklumat berkenaan dasar, program dan fakta dari pihak kerajaan BN dapat disampaikan secara berkesan seterusnya membantu kempen siber BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Usaha ini difikirkan relevan bagi mengukuhkan sokongan alam maya kepada Kerajaan pemerintah melalui penglibatan seberapa ramai sukarelawan alam maya untuk menangkis segala fitnah yang mampu memporak-perandakan pemikiran masyarakat.
Fahrin Ahmad juga membawa inspirasi baru terhadap golongan siber muda secara majoriti menyokong BN Pilihan Orang Muda
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment