Friday, March 15, 2013

HOT!NURUL IZZAH LAGI BUAT CERAMAH HINA POLIS HUTAN DAN POLIS PGA



Nampaknya, semakin ramai yang menjauhi Pakatan Rakyat apabila tersebarnya video Nurul Izzah memperlekeh pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu tatkala mereka menggadai nyawa mempertahankan negara.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Nurul Izzah dalam satu ceramahnya di Lucky Garden Bangsar pada 16 Februari 2013, di mana krisis Sulu berada di puncak.

Entah dendam, entah memang bodoh si Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim ini bila bercakap mengenai pasukan-pasukan keselamatan negara.

Jelas kelihatan bahawa wanita yang bercita-cita ingin menjadi pemimpin atasan negara ini, rupanya langsung tidak punya pengetahuan mengenai pasukan keselamatan negara.  

Pertama sekali, dalam memperkatakan mengenai keselamatan negara, seorang yang bergelar pemimpin tidak boleh sama sekali memandang rendah terhadap musuh, kerana ia akan mendedahkan pasukan sendiri kepada risiko kekalahan, sekali gus membuktikan yang pemimpin itu langsung tidak menghargai nyawa pasukan keselamatan kita sendiri.  

Keduanya, seorang yang bergelar pemimpin dan bermimpi untuk menerajui negara wajib membuat kerja rumah mengenai keselamatan dan pertahanan negara.  

Ketiganya, sesiapa sahaja, tidak semestinya seorang pemimpin atau yang bercita-cita menjadi pemimpin, wajib mempunyai pengetahuan mengenai apa yang ingin diperkatakannya, terutamanya di pentas ceramah.

Kegagalan menepati semua syarat ini telah menyebabkan Nurul Izzah kelihatan amat bodoh serta tidak punya hati perut dalam memperkatakan tentang nyawa pasukan keselamatan.

Kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala menyaksikan kebodohan dan keceluparan Nurul Izzah dalam video tersebut di mana beliau mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil mereka sebagai ‘Polis Hutan’.

Katanya, Polis Hutan tugasnya adalah melawan komunis dan oleh kerana komunis telah tiada, maka penghantaran pasukan ini ke sana adalah tidak relevan sama sekali....!!

Malah, Nurul Izzah juga menyindir Barisan Nasional kerana tidak membenarkan pengganas komunis tersohor, iaitu Chin Peng, pulang ke Malaysia.    

Selain ‘Polis Hutan’, Nurul Izzah juga mempertikaikan penghantaran Cawangan Khas atau Special Branch (SB) untuk menangani krisis Sabah.....

Menurut Nurul Izzah, tugas SB ialah mencari ‘budak hilang’...?   Justeru, katanya, SB harus dihapuskan dan jadikan mereka semua sebagai Pegawai Penyiasat....

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, beberapa pasukan PDRM yang dihantar ke Sabah adalah Unit Cawangan Khas, Pasukan Operasi Khas dan Pasukan Gerakan Am.

Pasukan Polis Hutan yang diperkatakan Nurul Izzah adalah tidak wujud lagi atas sebab yang disebut olehnya sendiri iaitu tamatnya insergensi komunis.

Oleh itu, pada tahun 1989, pasukan tersebut telah dirombak fungsinya daripada menentang pengganas komunis kepada usaha menjaga keselamatan di sempadan dan perairan negara, ancaman pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), aktiviti rompakan di laut, penyeludupan, anti pengganas, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat (SAR) dan pencegahan jenayah.

Sejajar dengan rombakannya, namanya turut ditukar kepada Pasukan Gerakan Am (PGA).

Justeru, apa yang berlaku di Sabah adalah menepati kesemua fungsi PGA, dan bagi Nurul Izzah untuk menyatakan penghantaran pasukan ini ke sana sebagai salah atau tidak relevan, menunjukkan yang Nurul Izzah bercakap kosong dan langsung tidak punya apa-apa pengetahuan yang melayakkan beliau untuk mengulas mengenai isu Sabah.

Kenyataan Nurul Izzah mengenai Cawangan Khas pula boleh ditafsirkan sebagai langsung merepek atau merapu dan tidak boleh dipakai....

Apa Nurul Izzah sangka hanya CIA sahajakah unit perisikan yang wujud di dunia ini...?   Mentang-mentanglah bapanya ‘ngam’ dengan CIA.

Tidakkah Nurul Izzah tahu bahawa Cawangan Khaslah yang berjaya membongkar selera seks songsang bapanya, mendapat bukti rakaman suara serta menjejaki langkah bapanya ke pertemuan dengan agen-agen Zionis di seluruh pelusuk dunia...?

Mungkin benar Nurul tidak tahu, kerana cerita begini tidak mungkin diceritakan oleh bapanya sebagai ‘bedtime story’ atau ‘dinner talk’ dalam keluarga mereka.

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, Cawangan Khas bukanlah berfungsi untuk mencari ‘budak hilang’ kerana itu merupakan fungsi Bahagian Siasatan Jenayah dan Orang Hilang. Fungsi Cawangan Khas adalah untuk mengumpul risikan berkaitan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara, - seperti bapanya dan dirinya sendiri.  

Unit ini juga bertanggungjawab memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan.

Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.

Jelas, dalam Krisis di Sabah, Unit ini amat diperlukan bagi pengumpulan maklumat dan kerja-kerja perisikan yang halus dan sulit.  Justeru, jika mereka ini ‘ditukar’ untuk menjadi ‘Penyiasat’ seperti saranan Nurul Izzah,  ke mana pula nak dipindahkan pegawai-pegawai penyiasat yang sedia ada di Jabatan-jabatan polis seluruh negara?

Atau, mungkinkah Nurul Izzah sebenarnya gentar dengan penghantaran unit ini ke Sabah kerana takut bukti-bukti pendalangan bapanya terbongkar dengan lebih luas lagi...?  Jika tidak, kenapakah Nurul Izzah inginkan Unit yang sudah terkenal dengan kehebatan risikannya dan kecekapannya ini dimansuhkan saja?  

Setakat ini, kita tahu yang Nurul Izzah mahu polis dikurangkan, dan Cawangan Khas dimansuhkan, tetapi kita tidak tahu apakah yang Nurul Izzah atau Pakatan Rakyat akan lakukan dalam krisis Sabah, sekiranya mereka yang menjadi kerajaan.

Setakat mengutuk tindakan kerajaan dan pasukan keselamatan memang mudah, tetapi kata orang, orang yang bijak tidak akan mengutuk jika dia sendiri tidak berupaya membentangkan cadangan penyelesaian yang baik.

Namun, telah terbukti kini yang Nurul Izzah adalah jauh dari bijak, jadi apalah yang diharapkan darinya.  Kita lihat sendiri bagaiamana cadangan yang diberi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai ini bukanlah penyelesaian, tetapi bala bencana yang besar kepada negara.

Apapun, kita tahu Nurul Izzah amat berdendam dengan pihak polis kerana berjaya menangkap bapanya dan mendedahkan keburukan dan kejahatan keluarganya.  

Tetapi, kalau ya pun dendam, janganlah ditunjuk bodohnya pada orang.  Apatah lagi dengan Nurul Izzah merupakan nama wajib dalam kabinet PR sekiranya parti itu memenangi pilihanraya kali ini.

Tak mungkin rakyat sanggup mempunyai Menteri yang bodoh macam Nurul Izzah.  Mana mungkin Menteri yang tak tahu apa-apa tentang keselamatan dan pertahanan negara mampu memastikan negara ini selamat dan sejahtera?

SUMBER:MEDIAKITA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...