Friday, March 15, 2013

@mbnizar AKUI ADA PERKACAUAN DALAM PAS TUNTUT KERUSI BAGAN SERAI DARI PKR



Kontroversi membabitkan PAS negeri Perak yang menuntut tiga kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekaligus membuktikan wujud perbalahan antara kedua-dua parti pembangkang itu dalam pembahagian kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketika ditanya pemberita mengenai perkembangan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata sudah menjadi kebiasaan bagi kedua-dua parti pembangkang itu untuk berlumba-lumba dan bergaduh sesama mereka dalam soal pembahagian kerusi walaupun status quo kerusi telah ditetapkan oleh kepimpinan pusat.

“Sebagai rakyat, kita boleh menilai sendiri kerana itulah manifestasi sebenar mereka yang berlumba-lumba dan bergaduh sesama sendiri kerana merebutkan kerusi,” katanya.



Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata demikian ketika mengulas tindakan PAS Perak yang menuntut tiga kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana yakin peluang parti itu memenanginya lebih cerah berbanding PKR.

Tiga kerusi itu ialah Parlimen Bagan Serai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang tetapi dibantah oleh PKR negeri.

Bagaimanapun, hasrat PAS yang diumumkan itu dilihat bertentangan dengan kenyataan Ketua Penerangan Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bulan lalu yang dilaporkan berkata, Perak antara enam negeri yang mengekalkan status quo pengagihan kerusi Pilihanraya Umum ke 13, hasil persetujuan pimpinan pakatan pembangkang peringkat negeri itu yang sudah dimaklumkan kepada pimpinan pusat.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Perak, Misbahul Munir Masduki, berkata tuntutan dibuat sebagai menghormati kehendak ahli parti di ketiga-tiga kawasan terbabit yang merasakan pakatan pembangkang boleh mengekalkan kerusi terbabit jika ditandingi calon PAS.

“Kami menyerahkan kepada pimpinan pusat untuk membuat keputusan berhubung perkara ini dan akur dengan apa saja keputusannya nanti. Ahli kami di ketiga-tiga kawasan juga akan akur tetapi kami cuma menghormati hak mereka untuk membuat tuntutan itu,” katanya pada sidang media di Ipoh, semalam.

Misbahul Munir berkata, PAS Perak mengenalpasti semua bakal calon yang akan bertanding di 20 kerusi DUN dan tujuh Parlimen pada PRU-13 nanti dengan sekurang-kurangnya 50 peratus daripadanya adalah muka baru.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...