Tuesday, March 12, 2013

PAKAR PROJEK USAHA BN UNTUK PENIAGA-PENIAGA MANJUNG!

Manjung telah menerima sebuah lagi projek JANJI DITEPATI Barisan Nasional Pasar Komuniti dan Karavan(PAKAR) yang beroperasi 24Jam.

PAKAR ini adalah sebuah pasar yang menepati kehendak dan keperluan masyarakat, Projek prihatin ini yang diusahakan oleh Menteri Besar Perak,Dato' Seri Diraja Dr. Zamri Kadir menyuntik semangat pengundi-pengundi serta seluruh rakyat Perak terutamanya di Manjung untuk bersyukur dengan Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa membela Masyarakat.

Pasar Komuniti dan Karavan ini beroperasi 24jam sehari di daerah Manjung sejak 3bulan lepas dan menjadi Pasar yang komuniti pertama

Majoriti rakyat di Manjung mengucapkan ribuan terima kasih kepada MB Perak serta kerajaan kerana prihatin tentang keperluan dan kehendak rakyat perak dengan mewujudkan Pasar Komuniti dan karavan (PAKAR) yang beroperasi 24 jam sehari di daerah Manjung,Perak sejak 3 bulan lepas dan menjadi yang pertama dalam Malaysia.

PAKAR berkenaan berupaya menempatkan usahawan tani yang mampu beroperasi pada sebelah pagi,petang dan malam.
Apa yang menjadikan PAKAR ini daya tarikan kerana boleh beroperasi 24 jam sehari.

Kewujudan PAKAR juga mendorong usahawan-usahawan tani untuk tampil mengetengahkan produk asas tani masing-masing selain membuahkan hasil yang lumayan serta produk asas tani yang berkualiti.

MB Perak Zambry Abd Kadir hadir merasmikan pelancaran PAKAR di Manjung kelmarin.

MB Perak juga sempat beramah mesra dengan salah seorang peniaga selepas merasmikan majlis tersebut.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...