Tuesday, March 12, 2013

HOT! @ZambriAbdKadir TOLAK PERMOHONAN SAMY VELLU JADI CALON?!

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang menafikan Samy Vellu adalah calon Sg.Siput memandangkan sudah banyak aktiviti yang beliau turun untuk mempromosikan Barisan Nasional bersama-sama Jentera di Parlimen Sg.Siput.

Zambry Kadir juga memberitahu bahawa dakwaan kepada Samly Vellu adalah spekulasi yang perlu diperbetulkan agar tiada kerosakkan perpaduan didalam Barisan Nasional serta mengagalkan usaha BN merampas kerusi tersebut daripada pembangkang.

Kehadiran Samy Vellu adalah untuk membantu jentera dan dia turun padang atas kapasiti bekas wakil rakyat yang banyak menabur bakti di Parlimen Sg.Siput.

Romus ini hanyalah untuk mengagalkan rancangan BN dalam memastikan kemenangan BN di Perak. Sementara itu juga ada desakan pihak tertentu mahu Samy Vellu kembali bertanding di Parlimen ini kerana gembira dengan pencapaian yang dicurahan sebagai wakil rakyat dari tahun1979.

Zambry Kadir sudah meneliti pembahagian kerusi diantara komponan dan sudah hampir selesai untuk dilaksanakan hasil perbincangan antara semua yang terlibat di dalam parti komponen dan pengagihan kerusi itu akan diputuskan dan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas kenyataan itu juga,Zambry Kadir berkata sola calon telah diteliti dari semua aspek yang mana mengambil kira BN perlukan perubahan dan pembaharuan supaya transformasi di Negeri Perak ini dapat dilihat secara zahir.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...