Friday, March 8, 2013

PERTIKAIAN PAS DAN PKR REBUT KERUSI DIPERAK MASIH TIDAK SELESAI

Pertikaian dan pergaduhan yang berpanjangan diantara PAS dan PKR di dalam perebutan meletakkan calon di Perak dikenalpasti.

Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Perak,Dr. Mohd Nor Manuty berkata semua pembahagian kerusi parlimen bagi Pakatan telah diputuskan bagi Pilihan Raya Umum 13(PRU) sudah muktamad tetapi DUN Changkat Jering terus dipertikaikan oleh PAS dan PKR.

Perkara ini selari dengan dakwaan bekas Ketua Angkatan Muda Perak,Faizal Effendi Hassim bahawa masih wujud masalah pembahagian kerusi Parlimen dan DUN dalam Pakatan.

Faizal Effendi dilaporkan berkata, pakatan pembangkang di Perak terutamanya PAS dan PKR masih belum menemui jalan penyelesaian berhubung pembahagian kerusi untuk pilihan raya umum 13.

Ujarnya antara kerusi parlimen yang menjadi pertikaian antara dua parti itu termasuklah Pasir Salak, Bukit Gantang, Parit, Lenggong dan Bagan Serai. Sementara itu, kerusi DUN Changkat Jering pada pilihan raya 2008 lalu ditandingi oleh Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu yang kemudian bertindak keluar parti dan isytihar menjadi ahli Bebas.

Ujar Mohd Manuty lagi daripada 59 kerusi DUN, pembahagiannya masih sama seperti 2008 lalu iaitu PKR (20), PAS (21) dan DAP (18).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...