Tuesday, March 26, 2013

HadiAwang MENGAKU TIDAK MAMPU KELUAR @PakatanRosak

Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu mungkin keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekadar drama dan cakap politik sahaja.

Beliau yang juga ahi Majlis Tertinggi Umno berkata, Pas sebenarnya dalam keadaan tertekan kerana parti itu kini terbukti tidak memperjuangkan Islam khususnya dalam isu penggunaan kalimah ALLAH.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa Pas mungkin keluar pakatan pembangkang sekiranya merugikan Islam.

Pas tidak akan mampu menyelesaikan isu tersebut yang telah menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam dan dalam masa sama ia memerlukan undi penyokong DAP pada pilihan raya umum ke-13 nanti, katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup program Perkhemahan Bersama Bersatu Zon Selatan di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata sebagai parti yang dikatakan memperjuangkan Islam, Pas seharusnya menghalang serta menegur Pengerusi DAP Karpal Singh daripada mencampuri hal ehwal Islam. - Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...