Sunday, March 31, 2013

TITIAN KASIH BERSAMA @TengkuAdnanReal DI PUTRAJAYA @zakizahid @tunfaisal @afk910 @amijpm



















Program Silaturrahim dan Sentuhan Kasih Pusat Daerah Mengundi dan Cawangan-cawangan UMNO Putrajaya Bersama YB. Dato' Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor di seluruh putrajaya secara serentak di Sembilan Zon di kawasan Komuniti dan bersama rakyat. Jemputan Program ini meliputi seluruh golongan penduduk di Putrajaya. Acara bermula dgn senamrobik, pemeriksaan kesihatan, sukaneka, busana muslimah, gubahan tuala, hiasan masakan dll. 

Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian, Dato' Khairuddin, Naib Ketua Bahagian Putrajaya Dato Nordin, Ketua Penerangan UMNO Putrajaya Tuan Haji Roslan Abu Hanif, Ketua Wanita, Puan Saadiah. Juga yang memeriahkan Majlis Datin Seri juga turun padang bersama rakyat. 

Juga kelihatan di Fasa 4B, Datuk Zaki bersama rakyat dengan menyertai pelbagai aktiviti aktiviti rakyat yang diorganisasikan oleh ketu-ketua penyelaras yang dilantik.Datuk Zaki juga menyampaikan cenderamata dan Sumbangan KFC yang menyediakan makanan tengahari kepada seluruh penduduk yang menyertai program tititan kasih ini.

Program ini dengan kerjasama semua PDM digabungkan beberapa cawangan bagi setiap Zon memberikan ruang kepada rakyat bersama ahli parlimen. Hampir 2000 orang yang hadir didalam program silaturrahim ini. Kehadiran segenap umur penduduk Putrajaya menunjukkan bukti sokongan terhadapa YB Tengku Adnan didalam mempertahankan Putrajaya daripada Pembangkang. Seluruh Putrajaya dihiasi Gelombang Biru yang sukar ditandingi oleh Poster-Poster pembangkang. Pemuda Putrajaya yang majoriti anak jati Putrajaya bersama menggerak gempur memastikan keselamatan dan tiada golongan anasir-anasir pembangkang hadir memasuki merosakkan Putrajaya.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...