Thursday, March 21, 2013

HOT! ANWAR AKUI PENING PILIH KERUSI DI PERAK ?


Seorang pemimpin kanan peringkat pusat PKR memberitahu bahawa Anwar kemungkinan akan bertanding di  mana-mana kerusi Parlimen di bahagian selatan Perak ataupun utara  Selangor.

“Selatan Perak atau utara Selangor pilihan Anwar jika beliau mahu  keluar dari Permatang Pauh… saya pun terkejut apabila Anwar kata  sedang timbang untuk tanding di Perak atau Selangor,” kata beliau yang  enggan namanya dipetik.Katanya, antara kerusi yang boleh dipilih Anwar ialah Lumut, Bagan Datoh, Telok Intan atau Tanjong Malim.

Meskipun tewas, namun kerusi Parlimen Padang Rengas, Tambun, Tapah,  Pasir Salak, Lumut, Bagan Datoh dan Tanjung Malim dilihat punya potensi  untuk dimenangi parti itu berikutan penyusutan jumlah majoriti yang  ketara meskipun enam daripadanya ditanding menteri Kabinet.

Padang Rengas yang disandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk  Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang sebelum ini menang dengan majoriti  4,772 berjaya mengekalkan kerusinya dengan 1,749.
Di Tambun, majoriti undi untuk Menteri kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkurang daripada 17,360 kepada 5,386.

Bagan Datoh – Anwar akan bertembung dengan protege lamanya, Zahid Hamidi. Berdasarkan kedudukan semasa, bukan mudah untuk Zahid Hamidi mengekalkan kedudukan. Ini akan menjadikan pertembungan yang agak menarik.

Padang Rengas – PKR sememangnya tidak mempunyai calon. Antara yang disenaraipendek adalah seorang doktor gigi yang tinggal di Kuala Lumpur. Tidak mempunyai kekuatan. Peluang menang untuk Anwar.
Tambun – ramai yang tidak tahu, Husni adalah ‘BUDAK ANWAR’ untuk tempoh yang lama. Juga satu kemenangan mudah kepada Anwar.

Lumut – jika Anwar bertanding di sini, Dr Zambry adalah orang paling layak berdepan dengan Anwar. Kemenangan mungkin berpihak kepada Anwar. 40 % orang Cina akan memberikan undi solid kepada Anwar. Jangan lupa, SU MCA Malaysia pun menang 200 undi lebih sahaja.

Siapa di Permatang Pauh?
Ramai di Tropicana beranggapan Anwar boleh letak siapa sahaja di Permatang Pauh; salah seorang anak atau menantu Anwar akan boleh menang dengan mudah waima bertempur dengan siapa sahaja di Permatang Pauh.

Semua ini berlaku kerana Anwar ‘over-confident’ bahawa dia boleh menang di mana sahaja di Perak. Dr Md Nur Manuty (yang sudah confirmed bertanding); memberikan ayat bodek yang susah untuk dinafikan oleh sesiapa pun. Malah Dr Md Nur membayangkan, jika Anwar menang bertanding dan mengalahkan salah seorang Menteri/MB di Perak – PKR akan menjadi IKON di negeri tersebut.

Sumber:GELAGAT ANWAR

1 comment:

Unknown said...

Salam tuan..
Mohon Pautkan link blog saya di bloglist tuan... Blog tuan telahpun saya pautkan didlm bloglist saya..

http://aktiviskepayangjr.blogspot.com/

Demi Agama Bangsa dan Tanah Air Kita Sokong Najib Razak !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...