Tuesday, March 19, 2013

LAGI JANJI BARU HANYA PENYOKONG PEMBANGKANG LAYAK DAPAT INTERNET PERCUMA?

Sekali lagi diucapkan taniah kepada penerima-penerima BR1M dapat menerima Talian internet percuma daripada Kerajaan Barisan Nasional selama 30minit.

Ini diumumkan oleh Perdana Menteri tadi dan ianya dikelolakan oleh Telekom Malaysia atau TM.

Perdana menteri turut memuji kejayaan TM melaksanakan penyambungan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) kepada 1.377 juta premis berbanding sasaran 1.34 juta premis menjelang hujung tahun lepas.

Setiap individu yang melayari talian jalur lebar ini boleh membuka talian selama 30 minit sehari.

Ini adalah salah satu cara dimana kerajaan mengongsikan bersama keuntungan walaupun TM adalah sebuah syarikat kerajaan.

Rakyat memang sepatutnya dapat menikmati keuntungan ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...