Saturday, March 9, 2013

DENGARLAH LUAHKAN GENERASI MUDA TERHADAP WAHAI PEMIMPIN NEGARA TUA!

Sudah banyak video yang dapat dirampas melalui telefon dan video rakaman dari penceroboh tentang kesengsaraan anggota keselamatan kita yang dibunuh, disembelih hidup-hidup,dipotong jari, dan lain-lain cara-cara yang menghayat hati rakyat Malaysia. HM juga melihat veteran-veteran Tentera dan Polis menangis dan mengalirkan air mata tiba-tiba apabila melihat video yang ditunjukkan pada mereka. Tindakan zalim dan tak berperikemanusian yang dilakukan oleh mereka terhadap anak Malaysia kita.

Tetapi yang paling menyedihkan apabila ada diantara kita sebagai Anak Malaysia yang tiada semangat patriotik dan berjati diri sebagai Anak Malaysia mempolitikkan isu di lahad datu sehinggakan mengkritik tindakan PDRM dan Tentera kita sebagai sandiwara politik

Isu ini menyebabkan generasi baru keliru dengan sikap sesetengah Anak Malaysia yang mengatakan sandiwara politik yang sebenarnya lansung tiada berlaku. Generasi muda keliru dengan persoalan -persoalan yang HM ini nyatakan seperti :-

1. Kenapa kami pengundi baru yang pertama mengundi tahun 2013 ini dijadikan sasaran politik?

2. Kenapa isu keselamatan negara dijadikan isu mainan oleh Pakatan rakyat

3. Dimanakah prinsip dan 'standing' orang-orang tua yang menjadi pemimpin dalam menanggani isu Penceroboh sebagai isu nasional

4. Kami diajar supaya sayangkan Negara di sekolah dan universiti tetapi Orang-orang tua pemimpin Negara tidak lansung bersemangat menjaga kedaulatan Negara.

5. Adakah patut kami malu dengan sikap pemimpin yang bernama Anwar ibrahim yang selalu melaung-laungkan 'Sabah akan hilang' dimerata-merata tempat walhal generasi muda sabah mengkritik dan malu dengan sikap yang burukkan negara kelahiran kami.

5 Persoalan ini masih tertanya-tanya oleh generasi muda khas untuk pemimpin-pemimpin Negara yang tua ini.

Fikir-fikirkanlah


Persoalannya Kenapa berlaku sekarang? Kenapa berlaku tatkala pilihanraya makin hampir? Kenapa Anwar Ibrahim menyanyi lagu 'Sabah Nak Hilang'?.

Kenapa agensi perisikan Filipina mendedahkan pihak pembangkang antara dalang yg terlibat? Kenapa Tian Chua mengeluar statment yg begitu biadap dan sombong tak mahu minta maaf?

Kenapa blog2 pembangkang sanggup memainkan Isu di Lahad Datu kononnya pembaziran menggunakan jet2 pejuang dan mengeluarkan kenyataan yg pro pengganas yg kononnya pihak Kerajaan Malaysia pula yg zalim.

Siapa yg zalim? Siapa yg tak berperikemanusiaan? Malaysia cukup mengamalkan prinsip kemanusiaan yg cukup tinggi apabila melakukan rundingan selama 3 minggu.

Setelah anggota polis kita dibunuh, barulah kita bertindak.

Cukup lah, bermula utk menghapus Ketuanan Melayu, kemudian Isu Kalimah Allah, sekarang negara kita pula hendak digadai. Kepentingan Agama, Bangsa dan Tanah air telah dirobek.

Marilah semua rakyat Malaysia bersatu di bawah payung Barisan Nasional yg telah terbukti membina negara aman damai, memupuk perpaduan kaum yg tinggi disamping sentiasa memelihara kepentingan semua bangsa dengan baik.

Adanya sedikit kuasa pada Pakatan Rakyat telah menyebabkan pelbagai perkara yg tak sepatutnya berlaku, telah berlaku pada hari ini.

Ayuh Rakyat Malaysia sekalian, PRU13 ini kita wajib menolak dan menumbangkan Pakatan Rakyat. 1 Undi Kepada DAP satu undi kepada kerosakan Negara, 1 Undi Kepada PKR adalah satu undi kepada kerosakan Bangsa dan satu undi kepada PAS adalah satu undi kepada kerosakan Agama.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...