Wednesday, March 20, 2013

TERBONGKAR! #LahadDatu LAGI PEMBUNUH MENCARI SULTAN KIRAM

Media Filipina, Inquirer News mendedahkan bahawa satu skuad pembunuh asing dikatakan telah tiba di negara Manila bertujuan untuk membunuh Sultan Sulu Jamalul Kiram III dan penasihat Pastor beliau "Boy" Saycon. Berita tersebut disampaikan sendiri oleh jurucakap kesultanan Kiram III iaitu Abraham Idjirani. 

Dalam temubual bersama media tempatan, Idjirani turut mendedahkan bahawa "kolonel tentera asing" tiba dengan empat "komando" dan mengupah tiga pembunuh tempatan untuk membunuh Kiram dan pengikut-pengikutnya.

Idjirani dilaporkan telah mendesak Biro Siasatan Negara, Polis Kebangsaan Filipina dan Angkatan Tentera Filipina untuk menyiasat maklumat yang beliau berikan. Idjirani turut mendedahkan bahawa 'pasukan pembunuh asing' itu menginap di Hotel Maxim di Pasay City.

Idjirani yang juga seorang peguam berkata, kononnya beliau didatangi oleh orang asing tersebut dan memberitahu Saycon tentang agenda pembunuhan itu.

Sebelum ini, media Filipina gempar dengan pendedahan seorang kanak-kanak lelaki dikawasan rumah Kiram III yang mendakwa dia didekati oleh seorang lelaki yang dipercayai komando Malaysia.

Lelaki misteri tersebut telah menyerahkan sekeping syiling 50 sen kepada kanak-kanak tersebut sebagai tanda kenang-kenangan. ~ MPP News.

Ikut sambungannya:
http://t.co/ZCKrQ8lgvd
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...