Friday, March 1, 2013

TIAN CHUA BUKAN SAHAJA FITNAH ORANG SABAH BAHKAN MULA BUAT FITNAH INSIDEN TEMBAKAN

Baru sekejap tadi didalam Berita terkini melaporkan kematian 2 anggota keselamatan malaysia yang terlibat didalam Insiden tembak menembak di Lahad Datu iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari unit 69 Komando tetapi Keadilan daily mula membuat kenyataan sebaliknya.

Serangan tembak menembak dikatakan oleh Tian Chua adalah satu konspirasi terancang UMNO dan Tian chua merasakan pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu tetapi media filipina sudah melaporkan kejadian insiden tembak menembak.

Tian Chua lupa bahawa Berita kita juga perlu disahkan kesahihannya tentang insiden tembak menembak dan Kematian dan bukannya percaya pada berita luar.

Dan bagi saya semua berita dari TV nasional atau bloggers sudah menceritakan perkara yang sama tentang isu-isu semasa di Lahad Datu.

Tidak perlu menuduh kematian itu adalah konspirasi UMNO dan itu adalah isu antarabangsa dan dalaman Malaysia sedang berupaya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tian chua goyang isu fitnah Kerajaan dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang kononnya berlaku di Sabah hilang,sebab mereka sudah kehilangan isu dan sanggup memfitnah pekerja-pekerja awam dari Sabah di jabatan Pendaftaran negara mendaftarkan warga asing sebagai warga malaysia.

HM percaya kepada pekerja-pekerja Sabah dibawah Jabatan Pendaftaran Negara tidak seburuk yang disangka oleh Pakatan dalam sewenang-wenang memberikan kad pengenalan pada warga asing. Maka pakatan perlu ditolak agar fitnah ini ditolak dan menjadi pengajaran kepada Tian Chua dan Pakatan bahawa rakyat Sabah tidak suka pada Pakatan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...