Pemuda Pembangkang sudah mula menyerang peribadi dan orang perseorangan. Ini berlaku pada Ketua Pemuda UMNO dan BN Perak saudara Khairul Azwan Harun. Beliau telah diserang bertubi-tubi dari segenap sudut.
Sehinggakan harta beliau juga dipertikaikan. Macam lah Pemimpin Pemuda Pembangkang semua miskin-miskin. Boleh dikatakan semua Ketua mesti ada duit untuk melancarkan pergerakan. Pergilah mana-mana pun, Pemimpin yang berharta itu biasa. Pemuda Pembangkang sudah tiada modal nampaknya.
Lagi satu berkenaan calon Pemuda BN di Perak. Pemuda Pembangkang membuat cerita kononnya Pemuda di Perak dinafikan hak menjadi calon termasuk Ketua Pemuda Umno itu sendiri.
Mari kita lihat sejarah, zaman Zainol Padzi menjadi Ketua Pemuda hanya 4 calon di kalangan Pemuda tetapi zaman Azwan seramai 15 Pemuda telah dicalonkan untuk bertanding di peringkat Parlimen dan DUN.
Dalam ucapan Azwan semasa PAU 2012 ada menyentuh soal Zuriat UMNO. Kini terbukti dalam PRU13 ramai wakil Pemuda telah diberi tempat untuk mewakili BN. Terbukti di Negeri Perak sendiri bila mana seramai 15 org calon terdiri dari Pemuda (Perak paling ramai wakil pemuda). Di manakah hak Pemuda dinafikan?
Tetapi Azwan telah mengetepikan kepentingan peribadi demi memastikan rakan-rakan lain dalam Pemuda terlebih dahulu bertanding pada PRU kali ini. Beliau bukan seorang yang gila jawatan macam Pemuda Pembangkang.
Tidak timbul soal beliau dinafikan hak bertanding atau diketepikan. Pemuda Pembangkang sudah hilang arah dengan sengaja cuba menafikan seterusnya menipu Rakyat seolah-olah BN Perak tidak meletakkan calon Pemuda.
Sikap busuk hati di kalangan orang sekeliling juga terbukti bila ada blog yang sengaja diwujudkan untuk memburuk-burukkan kepimpinan Azwan. Blog seperti save umno perak dan gajah menta dan lain-lain blog dgn sengaja menyerang peribadi Ketua Pemuda Perak demi memastikan rakyat terus membenci BN.
Tapi jangan ingat kami bodoh, kami tahu siapa dalang di sebalik semua ini. Cuma nak tengok sejauh mana kebodohan anda boleh pergi. Agak tak puashati luahkan di depan, bukan di belakang macam pondan! -
SUMBER: ADAKUASA
No comments:
Post a Comment