Wednesday, April 10, 2013

BONGKAR!! TAJOL ROSLI MASUK PAS !!?



Seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS tidak lama lagi.

Perkara ini didedahkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihan raya umum akan datang, malam Selasa.

Walaubagaimanapun beliau tidak mendedahkan nama bekas menteri besar berkenaan.

"Seorang mantan menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS," katanya ringkas.

Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa.

Sebelum pentadbiran Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).

Sumber: Mstar

Dalam Pada itu, Tajol Rosli telah dijemput menyertai PAS pada 1 OGOS 2008, Maka telah terbukti Nizar mempelawa Tajol Rosli Masuk PAS









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...