Friday, April 5, 2013

MANIFESTO TAK TERTUNAI,JANJI PAS DARI 1990 TIDAK TERTUNAI



Selepas membuat janji ‘bulan bintang’ tetapi gagal untuk melaksanakannya, Kerajaan Pas Kelantan hari ini tampil dengan alasan baru.

Kata jurucakap Kerajaan Pas Kelantan, Dr. Fadhli Datuk Hassan, pihaknya perlu memilih keutamaan rakyat terlebih dahulu sebelum melaksanakan berpuluh janji yang dibuat sebelum ini.

Fadhli yang juga Exco Penerangan Kerajaan Pas Kelantan memberi contoh perbandingan di antara Jambatan Palekbang – Kampung Cina dengan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu – Kuala Krai.

“Sekarang mana yang lebih mendesak membina jambatan Palekbang – Kampung Cina atau lebuh raya, jambatan mungkin sebahagian rakyat boleh guna, kalau kita bina lebuh raya berapa ramai rakyat boleh guna.


Ini dia batu asas Jambatan Palekbang, Tumpat, Kelantan yang dirasmikan PAS sejak 1996. Tapi jambatannya sampai sekarang tinggal kenangan. JUARA PECAH TANAH & BATU ASAS - PAS.

“Jadi kita pilih keutamaan yang perlu kita buat kepada rakyat, benda yang kita hendak buat kepada rakyat banyak tetapi ada turutannya, kita hendak tanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) banyak mana yang dia janji untuk buat kepada rakyat sedangkan dia ada kemampuan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Perasmian Informasi Pas Kelantan yang disempurnakan oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Isu pembinaan Jambatan Palekbang itu hangat diperkatakan selepas Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (Tukar) menimbulkan kembali isu berkenaan bagi mendesak kerajaan negeri melaksanakan 22 perkara yang dijanjikan dalam manifesto mereka sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke 8 pada 1990.

Setiap kali menjelang pilihan raya Pas membuat pelbagai janji sebagai contoh:

1) Bandar Perikanan di Tok Bali – RM800 juta
2) Projek Agro Tourism Pergau – RM250 juta
3) Bandar Baru Pengkalan Kubor – RM1 bilion
4) Projek pelancongan di Danau Tok Uban – RM350 juta
5) Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas – RM885 juta
6) Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian – RM328 juta
7) Projek Industri Petrokimia di Pantai Senok, Bachok – RM2 bilion
8) Pelabuhan Pantai Sri Tujoh Tumpat – RM360 juta
9) Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang – 1.5 bilion
10) Jambatan Palekbang dan Kampung Cina
11) Afta City, di Rantau Panjang
12) Pelabuhan Darat di Kuala Krai
13) Stadium baru di Baru Bukit Merbau, Pasir Puteh
14) Projek Jihad Ternak.
15) Projek Tanaman Depu di Gua Musang.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...