Friday, April 26, 2013

CERAMAH PRESIDEN CUEPACS TARIK PENJAWAT AWAM SOKONG BN BONGKAR PENIPUAN PR DI PUTRAJAYA @TengkuAdnanReal

Ceramah isu-isu semasa di Fasa 4b,Presint 8,Putrajaya bersama Datuk Omar Osman, Presiden Cuepacs juga memberikan penjelasan kepada pekerja-pekerja awam di Cawangan Dahlia dan Bakawali dipengerusikan oleh Ketua Penerangan Barisan Nasional Putrajaya, Tuan Haji Roslan Abu Hanif. Seramai 120orang bersama-sama mendengar ucapan Presiden CUEPACS.

Penjelasan apa yang dikupaskan dari wakil Barisan Nasional Dr.Ammar, Ketua Pemuda UMNO Perlis, Kupasan Dr. Ammar mengenai sumbangan-sumbangan dan penghargaan sektor awam terhadap pembangunan negara. Polisi dan dasar kerajaan yang membantu Negara menjadi kuat dan stabil. Barisan Nasional menyusun dan menguruskan tadbir kerajaan sehingga pelbagai kemudahan pekerja awam dapat. Sektor awam perlu bersyukur bahawa dengan pelbagai kemudahan disebabkan oleh Kerajaan yang kuat dan stabil disamping berpengalaman 55tahun.

Datuk Nakhaie Ahmad, bekas Naib Presiden PAS juga bersama-sama untuk memastikan kemenangan BN di putrajaya.Datuk Nakhaie berkata Lim Kit Siang tuduh kita nepotisme, tetapi Lim Kit Siang melantik anak Lim Guan eng, sama seperti Anwar Ibrahim melantik anak di lembah Pantai jadi calon. Adakah tiada calon lain di Lembah pantai. Isu fatwa juga dibongkar oleh datuk Nakhaie,petua politik mereka bukan fatwa ilmu. Diingatkan mufti-mufti kita sebelum mengeluarkan fatwa akan membuat penyelidikan sebelum mesyuarat memutuskan sesuatu fatwa berbanding fatwa politik yang banyak dikeluarkan Hadi Awang dan Nik Aziz.

Seperti Nama Nabi 'muhammad' tetapi merompak. Adakah kita boleh mengatakan nama orang yang sama dengan nabi sama seperti nabi? Tidak. Maka samalah seperti PAS, Parti mengunakan nama Islam,tetapi mengkafirkan sesama Islam, mengakfirkan orang pergi sembahyang Haji,adakah itu melambangkan sunnah Nabi Muhammad seperti yang ulama-ulama Pas nyatakan dalam membantu perjuangan Islam?apalagi memperlekehkan Nabi Muhammad sama seperti mat kampung sebelum menjadi nabi. Itu menghina Rasulullah kerana Rasulullah telah dilindungi sejak dari perut ibunya.

Didalam mempertahankan ucapan-ucapan pemuda Pas mencarut,Nik Aziz mempertahankan dengan Allah juga mencarut dalam Al Quran. Diharapkan bahawa jangan silap dalam memilih kerajaan,janganlah disebabkan sedikit tercalar membinasakan harapan-harapan Generasi Muda.


Datuk Omar, Presiden CUEPACS telah menyeru kepada semua penjawat awam supaya menilai kesemua perjumpaan pihak CUEPACS dengan pihak kerajaan telah dipertimbangan oleh pihak kerajaan dan kita telah berjaya membela hak penjawat awam dengan prestasi bersama Transformasi yang dijalankan.pada 2mei2013 juga ada perbincangan untuk memastikan kemudahan pejawat awam akan dipertimbangkan. Penilaian perlu dibuat sebaik mungkin dan kita percaya bahawa Barisan Nasional tetap mampu berjaya mengurus tadbir Negara ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...