Wednesday, April 10, 2013

BONGKAR! IBRAHIM ALI BUKA PEKUNG, ZUL NORDIN BONGKAR SURAT YUSUF AL-QARDAWI


Dua rahsia besar berkaitan pegangan aset beberapa pemimpin pembangkang serta kerjasama antara Pas, DAP dan PKR akan didedahkan selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Dua perkara yang dijangka mampu mengejutkan rakyat Malaysia dan menggugat kepercayaan penyokong terhadap parti pembangkang itu akan didedahkan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim berkata, beliau akan mendapatkan kebenaran daripada Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum mendedahkan rahsia tersebut.

"Saya tidak boleh beritahu lagi kandungan rahsia tersebut tetapi apa yang pasti, rahsia itu akan mengejutkan banyak pihak kerana melibatkan aset yang dipegang oleh pemimpin tertentu dalam pakatan pembangkang selain daripada masalah kerjasama yang timbul antara mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berikutan wujud akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau untuk menyebarkan fitnah, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Ibrahim juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 atas tiket Pas yang kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai ahli Parlimen Bebas.

      



Sementara itu, AIDCNews melaporkan Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa pakatan pembangkang telah memalsukan satu surat kononnya datang dari ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Zulkifli yang juga bekas peguam bela Anwar dalam kes liwat I berkata, pihaknya telah mendapat salinan ‘surat’ bertarikh 2 Mac 2013 tersebut yang telah dicetak kira-kira satu juta sebagai bahan kempen pakatan untuk Pilihanraya Umum ke-13.

“Mereka telah cetak hampir satu juta risalah, konon cerita syeikh Yusof Al Qardawi, ulama besar akan menyokong Anwar Ibrahim.

“Mereka palsukan…kononnya Syeikh Yusof Qardawi menulis surat menyokong seorang peliwat, seorang biseksual, seorang yang rosak akhlak untuk menjadi Perdana Menteri kita,”katanya dalam Perhimpunan Selamatkan Selangor di Shah Alam, 6 April.

Sumber:unspinners

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...