Friday, April 12, 2013

HOT!ADUN BARISAN NASIONAL MANJOI MERAJUK TIDAK HENDAK BERTANDING PRU13



Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, Datuk Nadzri Ismail hari ini mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memberi laluan kepada pemimpin muda.

Beliau berkata hasrat itu telah dimaklumkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pemimpin BN peringkat bahagian.
"Saya berharap semua penyokong BN di DUN Manjoi akan terus memberi sokongan penuh kepada mana-mana calon yang ditetapkan oleh Pengerusi BN pada PRU13 ini," katanya dalam satu kenyataan.

Nadzri, yang juga bekas Pengerusi Kelab ADUN BN SeMalaysia, berkata beliau berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana telah memberi kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat di DUN Manjoi selama empat penggal.

"Saya amat yakin kesinambungan khidmat saya akan diteruskan oleh calon baharu dengan cemerlang," kata ahli politik berusia 56 tahun itu yang mula memegang kerusi itu pada pilihan raya umum 1995.

Katanya beliau akan akan terus membantu jentera parti untuk memastikan kemenangan BN di kawasan berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, Nadzri mengalahkan calon PAS Zulkurnaini Ibrahim dengan majoriti 348 undi. - BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...