Sunday, April 7, 2013

TAKTIK RAIH @AnwarIbrahim DICEMUH RAKYAT - @ZambryAbdKadir @azwanbro @hairul_own



Hasrat Anwar Bertanding Di Perak, Antara Taktik Meraih Sokongan: DS Zambry 

TINDAKAN Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk bertanding di Perak sebelum mengesahkan di kerusi Parlimen Permatang Pauh sebenarnya mempunyai beberapa sebab tertentu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, terdapat tiga faktor kemungkinan yang menyebabkan Anwar berbuat demikian.

“Ini boleh membawa pelbagai tafsiran termasuk ketidaktentuan kedudukan beliau (Anwar) di Permatang Pauh.

“Samada beliau boleh menang atau tidak dan dengan harapan apabila beliau membuat kenyataan itu, sekurang-kurangnya orang di Permatang Pauh dapat bersatu dan mahukan dia untuk bertanding di situ.

“Keduanya mungkin dia (Anwar) sudah rasa tidak selamat di Permatang Pauh jadi terpaksa cari (kawasan) lain iaitu di Negeri Perak.

“Manakala yang ketiga, mungkin mereka, pembangkang di Negeri Perak berpandangan bahawa mereka tidak mempunyai harapan untuk menang jadi mereka perlukan seseorang tokoh datang untuk menjadi faktor penyatu kepada mereka,” katanya.

Dr. Zambry berkata, hasrat yang disuarakan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri itu disambut baik oleh parti sekutu Pakatan Rakyat (PR) di Perak, iaitu PAS dan DAP.

“Mereka begitu gembira kerana datangnya Anwar ke Negeri Perak dapat mengukuhkan serta menyakinkan kedudukan mereka di Negeri Perak ini.

“Kehadiran Anwar ke Perak sebenarnya telah menunjukkan situasi sebenar bahawa harapan untuk parti pembangkang menang di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang semakin tipis sehingga terpaksa bertindak sedemikian,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...