Tuesday, April 16, 2013

@Tantawi100 FITNAH CALON PERMATANG PASIR



Semalam, blog MyMassa telah mendedahkan perangai buruk Ketua Pemuda PAS, Si Nasa Tantawi terhadap calon Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir.

Dakwaan yang dibuat oleh Nasa Tantawi ialah berkaitan dengan sikap tidak bertanggungjawab calon BN yang mengabaikan 'isteri keduanya'.

Namun, dakwaan tersebut tidak lansung diserta dengan sebarang bukti yang kukuh. Dia hanya menjaja cerita tersebut sepanjang kempen dijalankan.

Malah, calon BN tersebut jugak telah menafikan dakwaan yang dibuat oleh Nasa Tantawi dan bersedia untuk mengangkat sumpah sekiranya perlu.

Tambah memalukan, Si Nasa Tantawi ini telah melakukan perkara terkutuk itu dalam bulan Ramadhan, bulan yang mulia dari segala bulan!!!

Itu belum cerita pasal dakwaan yang dibuat oleh Mat Syabun terhadap Si Ketua Penipu tu sebelum ini. Dia siap canang satu Malaysia tuduh Si Ketua Penipu tu 'Kaki Pungkoq'.

Kalau semua orang masih ingat, Si Mat Syabun tu jugak yang menggelarkan Si Ketua Penipu tu sebagai 'Al-Juburi' dalam ceramah - ceramah yang dia buat pada ketika itu.

Jadi, memang patut sangat la 'Wanita Muda' dalam Parti Angguk Saja ni memberikan nasihat kepada Si Nasa Tantawi serta pemimpin mereka terlebih dahulu.

Sebelum nak tunding jari pada orang lain, cermin diri tu sendiri. Jangan setakat cakap orang je pandainya. Kot ye pun nak amalkan sikap Assobiyah, agak - agak la!!! Jangan nyamuk seberang laut je diorang nampak, bangkai gajah depan mata diorang buat tak tau pulak!!!

KUALA LUMPUR: Wanita muda menolak keras budaya politik fitnah dan lucah yang digunakan untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin dari mana-mana parti politik sekalipun.

Pengerusi Ameerah Zon Selatan, Anis Afida Mohd Azli (gambar) yang juga calon PAS di Parlimen Pengerang berkata, budaya politik tidak bermoral sedemikian akan mencalarkan maruah seseorang dan memberikan imej yang negatif dan tidak sihat dalam masyarakat.

"Sebagai ahli politik seharusnya kita beradu kekuatan berdasarkan idea dan berlumba-lumba dalam memberikan manfaat kepada rakyat bukan seperti yang berlaku hari ini, menjatuhkan pihak musuh dengan fitnah dan taktik jahat dalam pilihan raya," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...