Saturday, April 6, 2013

#ManifestoBN Jamin 5TAHUN LAGI @MuhyiddinYassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin manifesto Barisan Nasional (BN) yang akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini, pasti menjanjikan masa hadapan yang lebih terjamin bagi tempoh lima tahun akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia seharusnya mendengar dan meneliti manifesto BN serta membandingkannya dengan manifesto yang diumumkan pakatan pembangkang pada Mac lalu.
"Bagi saya, manifesto BN ini satu perjanjian antara BN dengan rakyat yang akan membawa lebih banyak kebahagiaan, nikmat pembangunan dan kemajuan, lebih-lebih lagi tempoh lima tahun akan datang begitu penting untuk kita capai fasa negara maju," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai di sini, hari ini.

"Kita tunggu apa yang akan dikatakan oleh Perdana Menteri malam ini. 'I do not want to steal the thunder' (saya tidak mahu mencuri perhatian). Ini upacara yang serius. Sesuatu yang hendak disampaikan BN untuk tempoh lima tahun akan datang kepada seluruh rakyat Malaysia.


Najib, yang juga Pengerusi BN, akan melancarkan manifesto berkenaan pada majlis Perhimpunan 1Malaysia Rakyat Didahulukan di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, pada pukul 9 malam. - BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...