Lim Kit Siang didalam ucapannya menyebut empat pilihan utama iaitu Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir Mohamad dan Abdul Hadi Awang.Soalan layak menjadi Perdana Menteri Malaysia disambut secara sebulat suara menyebut "Hadi Awang" oleh penyokong - penyokong.
Persoalannya mengapakah Lim Kit Siang tidak menyebut Anwar Ibrahim?.Hal ini menimbulkan pelbagai seribu tanda tanya oleh kita sebagai rakyat. Adakah Lim Kit Siang tidak menyukai bekas Ketua pembangkang di Parlimen sebelum ini? Apakah bahawa Lim Kit Siang sudah menyedari bahawa Anwar Ibrahim lansung tidak layak mengetuai Pembangkang mewakili PRU13 kelak.HM sudah melihat bahawa Lim Kit Siang sendiri tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri secara terasnya sudah kelihatan.
Persoalan ini terbongkar menerusi kajian ini boleh dilihat sebagai satu usaha Lim Kit Siang menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh lawannya Calon Barisan Nasional Datuk Ghani Othman jika masyarakat Cina mengundi DAP bermakna mereka mereka menyokong Hadi Awang sebagai Perdana menteri.
Hasil kajian ini membuktikan bahawa pada kali ini, DAP sudah mula melaga-lagakan pemimpin dan penyokong PAS dan PKR dan ini juga membuktikan bahawa Lim Kit Siang sukar memanipulasi Anwar ibrahim berbanding PAS yang beberapa kali gagal mengekalkan prinsip dalam buku jingga isu Hudud dan Negara Islam.Permainan politik Lim Kit Siang sudah dijangka akan cuba uji Keakraban PAS dan PKR sehingga sampai satu masa Keakraban itu akan menjeratkan perhubungan Hadi awang dan Anwar Ibrahim. Ini akan memberikan ruang Lim Kit Siang menguasai kedua-dua parti ini supaya negara ini mempunyai Negara pemimpin boneka tidak kira PAS atau PKR tetapi keputusan perlu dibuat oleh DAP.Perkara ini sudah berlaku semasa 11bulan pemerintahan Nizar menjadi Menteri Besar Perak sebelum ini dalam isu memberikan pajakan 999Tahun kepada cina di Hulu Perak.
HM merasakan supaya Lim Kit Siang patut dicabar mengumumkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kelak jika Pembangkang menang PRU13. Cabaran ini adalah untuk Lim Kit Siang supaya jangan mementingkan diri sendiri di Gelang Patah didalam meraih undi Penyokong PAS sahaja di kawasannya. Strategi Lim Kit Siang menarik penyokong PAS dan atas pagar melayu sudah dikenal pasti kerana kawasan tersebut mengenali Datuk Ghani Othman berbanding dirinya yang dikenali suka 'melompat kawasan' kerana takut tumbang di Perak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 comment:
salam blog tuan sudah dipaut
Post a Comment