Sunday, April 14, 2013

SENARAI PENUH CALON BARISAN NASIONAL



Barisan Nasional (BN) menurukan 82 peratus calon muka baru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) termasuk 49 peratus di peringkat kerusi Parlimen.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada 82 peratus itu, 33 peratus akan diletakkan di kawasan Parlimen dan 49 peratus di kawasan Dun.

Sebanyak 727 kerusi akan dipertandingkan kali ini iaitu masing-masing 222 kerusi Dewan Rakyat dan baki 505 kerusi Dun.

Kata Najib, sebahagian besar calon muka baru akan ditempatkan di kawasan yang BN kalah pada PRU 2008.

Beliau juga berkata, perubahan besar yang dilakukan BN adalah untuk memenuhi jangkaan dan kehendak pengundi pada PRU13.

"Calon-calon BN telah dimuktamadkan dan kita telah sampaikan senarai pada parti negeri BN.

"Ikut jadual parti komponen akan memaklumkan senarai masing-masing hari ini dan serentak esok pengerusi BN negeri.

"Umno juga akan buat esok pagi, secara serentak... dan meletakkan 82 peratus calon baru berdasarkan kehendak rakyat," kata beliau selepas Majlis Penyerahan Surat Tauliah BN  di sini hari ini.

SinarHarian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...