Monday, April 15, 2013

SENARAI CALON MUDA BN

Seramai 31 peratus calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terdiri daripada golongan profesional dan ulama.

Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya cuba lakukan secara inklusif dan yakin barisan yang ditampilkan mampu memberi saingan hebat pada parti lawan.

"Kita cuba lakukan secara inklusif di peringkat Parlimen yang mana sebanyak 91 peratus calon memiliki diploma ke atas.

"Kita punya pelbagai kategori penyertaan calon, 31 peratus datang daripada golongan profesional seperti profesor, pegawai tadbir diplomatik dari agensi kerajaan, doktor, peguam dan ulama," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan watikah PRU13.

Perdana Menteri berkata, selain daripada kumpulan itu, pihaknya turut membariskan calon yang popular di peringkat akar umbi.

"Bukan semua akan sertai Kabinet jadi penentuannya adalah kebolehan untuk jadi calon pemimpin akar umbi," katanya.

Ketika ditanya adakah itu senarai yang telah dimuktamadkan, beliau berkata, pihaknya berharap tiada perubahan besar yang berlaku.

"Ini senarai (calon) yang terakhir, saya harap tiada  yang berubah, daripada mereka yang tercalon, kami cuba berikan yang terbaik.

"Umumnya, saya yakin ini pasukan BN yang terkuat kita tampilkan. Inilah pasukan yang boleh penuhi aku janji manifesto BN. Saya juga berusaha tampilkan inklusif sebanyak mungkin," katanya.


Sumber:adakuasa
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...