Wednesday, April 10, 2013
PENASIHAT AGAMA MENTERI BESAR PERAK TANDING TIKET BEBAS? @zambryAbdKadir @Azwanbro @hairul_own
Sebelum ini dibayangi pembohongan Nizar mengenai Bekas menteri Besar Perak masuk PAS (KLIK SINI) dan (KLIK SINI), pada kali ini heboh bahawa Bekas Adun Batu Kurau Datuk Mohd Najmuddin Elias menolak tawaran pihak tertentu untuk bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
Penasihat Hal Ehwal Agama Islam kepada Menteri Besar Perak itu yang baru-baru ini mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada PRU 13 mendakwa beliau menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak tertentu yang mendesaknya bertanding atas platform bebas.
“Saya menolak apa saja tawaran dan sebagainya kerana pendirian saya masih seperti yang diumumkan pada minggu lepas,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Khamis lepas, beliau mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Batu Kurau kerana mahu menumpukan perhatian kepada hal ehwal agama Islam di Perak dan memberi laluan kepada muka baharu.
“Ada juga yang memujuk saya supaya bertanding atas tiket bebas dan sedia untuk sponsor (menaja) dalam pilihan raya nanti,” katanya.
Sumber: FMT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment