Tuesday, April 16, 2013

KAJIAN TOKOH BUKTI PAS PEMECAH ORANG MELAYU ISLAM


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS sebagai ejen perpecahan orang Melayu yang dulunya kuat kerana bersatu di bawah satu parti.

Beliau berkata, disebabkan sikap tamak PAS yang bertindak keluar daripada UMNO hanya semata-mata mahu mendapatkan lebih banyak kawasan, menyebabkan orang Melayu yang dulunya bersatu akhirnya berpecah dua.
“Sebenarnya PAS ditubuhkan bukan untuk menegakkan syiar Islam... lebih kepada kecewa kerana tak dapat tempat... tak dapat elaun RM300 (elaun wakil rakyat ketika itu)

“Ketika itu mereka minta 10 (kawasan) kita bagi satu, jadi mereka kecewa... mereka keluarlah.

“Kalau mereka keluar, dapat letak banyak calon lagi... bila bertanding mereka kena lawan dengan calon Melayu dari UMNO, maka bermulalah perpecahan orang Melayu,” katanya ketika berucap di Himpunan Harapan Baru Pokok Sena di sini, malam kelmarin.

Katanya, disebabkan sikap tamak PAS, orang Melayu yang suatu ketika dulu bersatu padu, menjadi lemah kerana berpecah.
“Dulu walaupun Melayu tak ada senjata, tak kuat, miskin, tak ada pelajaran tinggi tetapi oleh sebab kita bersatu padu tanpa perpecahan memberikan kekuatan pada kita menyebabkan kita mampu menundukkan British.

“Namun selepas PAS memecahbelahkan orang Melayu diikuti penubuhan PKR untuk merebut kerusi Perdana Menteri, orang Melayu menjadi semakin lemah dan berpecah kepada tiga puak,” katanya.

Beliau menasihatkan pengundi tidak terpedaya dengan perjuangan pembangkang yang bukannya untuk menegakkan syiar Islam dan keadilan, tetapi lebih kepada mahu menunaikan agenda masing-masing.

Dr Mahathir turut mempersoal , Lim Kit Siang yang ingin bertanding di Parlimen Gelang Patah, semata-mata untuk menyemai politik membenci antara kaum.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...