Projek Mega dibawah Tun Dr.Mahathir meletakkan aras Malaysia ke arah Wawasan 2020 ini dikatakan satu projek 'Gajah Putih' dan Kerajaan Barisan Nasional yang dihina membuat projek ini sebagai satu pembaziran dan lansung tidak menguntungkan rakyat.
Dan semuanya sudah tinggal kenangan dan Ahli-ahli PAS juga masih lagi tergiang-giang lagi didalam ingatan tetapi hari ini sudah berubah,Pemimpin PAS pula terloncat-loncat macam kera ingin menguasai Putrajaya yang tersegam indah dengan kemudahan yang pelbagai untuk keselesaan rakyat.
Apabila kemarin,PAS memutuskan Husam Musa dari Kelantan kemarin membuktikan bahawa PAS membohongi rakyat ingin melelongkan Putrajaya dan Husam dalam masa yang sama dikhabarkan dipaksa untuk bertanding Adun di Kelantan takut-takut Nik aziz merajuk dengan keputusan secara penuh bertanding di Putrajaya.
PAS ketandusan Pemimpin tempatan untuk bertanding,kemudian mencampakkan Husam Musa yang sebelum ini boleh dibilang jari berapa kali kehadirannya di Putrajaya apatah lagi menumpahkan jasa kepada Putrajaya?.
Dengan populasi 99peratus pengundinya adalah Kerajaan kira-kira 90,000 orang berada diPutrajaya tetapi dari keseluruhan populasi hanya 16,000 pengundi yang berdaftar.
Lokasi projek Mega ini pada sejarahnya adalah kawasan yang dipanggil Prang Besar dan dilancarkan pembukaannya pada 1995 sewaktu HM masih kecil di sekolah rendah.
Pada lewat 90an,nama yang dicadangkan sendiri oleh Tun Dr. Mahahtir ialah Putrajaya sempena nama Tengku Abdul Rahman Putra Al-haj dan jaya adalah tanda maju negara dengan belanja sebanyak AS$$8.1Billion.Konsep yang sama seperti Felda yang datang merata pelosok negara.
Tetapi cabaran yang paling getir adalah menyatukan masyarakat didalam Putrajaya.Pelbagai program yang kontemporari dilancarkan hampir setiap minggu bersama komuniti dilihat satu perkembangan yang baik tetapi mestilah mencapai kehendak dan hasrat penduduk putrajaya.
Tidak lain dan bukan,hanyalah penyandang kerusi Putrajaya yang mampu dilihat sebagai penyelamat utama didalam kesatuan komuniti Putrajaya,Tengku Adnan Tengku Mansor. Acap kali didalam minggu ke minggu Tengku Adnan bersama rakyat tidak kira susah dan senang tetap bersama komuniti. Calon ini juga memang penghuni di Presint 10, dan susah payah rakyat yang berlaku pasti akan dirasai juga oleh Tengku Adnan. Sebab itulah,Tengku Adnan senang mendampingi rakyat Putrajaya terutamanya pengerusi-pengerusi surau dan penduduk yang menjadi sahabat karibnya sekian lama bertungkus lumus memastikan keharmonian komunit putrajaya terjaga.
PAS perlulah memandang perkara ini sebaik mungkin jika benar ingin bertanding disini dan kenapakah orang luar dari Kelantan perlu dicampakkan ke Putrajaya walhal Husam Musa lansung tidak pernah turun padang berjumpa komuniti disini. Janganlah hendak menabur janji sewaktu PRU sahaja. Sepatutnya jika benar PAS ingin meletakkan calon patutnya biar calon yang serasi dari dalam Putrajaya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment