Monday, April 15, 2013

HUSAM MUSA GUSAR PELAN GAGAL LAGAKAN @TanSriAseh DAN @TengkuAdnanReal


Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Putrajaya Hasnol Harun berkata beliau akan menyaman pengendali portal PAS, Harakah Daily yang didakwa memfitnahnya apabila menyiarkan artikel yang menggunakan namanya sebagai sumber.
 
Menafikan beliau ada kaitan dengan artikel yang mengkritik penyandang kerusi Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu, Hasnol berkata beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu pada 9.30 malam semalam.
 
"Satu surat saman akan dihantar kepada pengendali portal itu dalam masa terdekat kerana menyiarkan artikel fitnah menggunakan nama saya," katanya kepada pemberita di Pejabat Umno Bahagian Putrajaya di sini hari ini.
 
Katanya artikel bertajuk “Putrajaya: Sampai masa Kun Nan berundur" yang disiarkan semalam telah menggunakan nama Hasnol Harun dengan nota penulis “Ahli Jawatankuasa Umno Putrajaya” telah dihantar melalui e-mel menggunakan nama Neslo Suam kepada beberapa portal berita semalam.
 


"Saya tidak tahu mengenai perkara itu sehingga saya mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang wartawan yang mahukan kepastian berhubung perkara itu kira-kira 6.30 petang semalam. Satu laporan polis telah dibuat kira-kira 9.30 malam semalam
 
"Selain itu, Umno Putrajaya juga melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar menjalankan siasatan lanjut mengenai dalang yang menggunakan nama saya untuk menyebarkan fitnah menjatuhkan imej Tengku Adnan," katanya. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...