Suatu ketika dahulu waktu HM kecil,kita selalu mendengar bahawa kepimpinan PAS akan menempelak apa sahaja yang didapati bercanggah dengan kehendak agama Islam namun kini ianya tidak lagi terjadi.
Apa yang dapat kita lihat pada hati ini ialah matlamat yang menghalalkan cara telah dilakukan oleh PAS untuk memastikan objektif barunya dengan menuju ke Putrajaya.
Dahulu kita tidak pernah melihat perkara seperti gambar diatas terjadi dan jika ianya berlaku PAS akan segera mengeluarkan kenyataan menentang perlakuan tersebut.
Tapi kini apa yang berlaku adalah sebaliknya dimana mereka akan melakukan perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawa mereka akan melakukannya.
Apa sudahnya dengan pengikut PAS yang begitu taksub dengan kepimpinan dan tidak mustahil para pengikut juga akan melakukan perkara sama seperti mana yang dilakukan oleh para pemimpin mereka.
Adakah ini yang dinamakan sebagai Islam yang sebenar benarnya? Apakah matlamat PAS kini dan dimasa akan datang?
Kita dapat menyimpulkan disini sikap kepimpinan PAS yang akan menuruti apa sahaja kemajuan pemimpin bukan islam dari pakatan mereka demi untuk mencapai matlamat dan hajat mereka.
Kepimpinan seperti ini harus kita tolak sepenuhnya demi untuk menjaga kehormatan dan kesucian agama Islam di Malaysia.
Sumber:Sangkala9
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment