Friday, April 5, 2013

GEMPAR!TIBA-TIBA @abdulhadiawang MINTA @AnwarIbrahim TIDAK PAYAH BERTANDING?



Hadi Awang mendesak Anwar Ibrahim supaya tidak bertanding dalam PRU 13. 

Persoalan yang amat besar ialah kenapa halang beliau? 

Apakah besi sudah lebur dan tidak basi? 

Apakah Hadi percaya Anwar bersama lelaki odorono yang cium ketiak Anwar? 

Apakah Hadi percaya lelaki 19 yang bercakap " I dan You " dengan Anwar? 

Apakah Hadi berasa gentar dengan keupayaan Anwar yang berjaya membawa kemengan besar, kerusi Parlimen Pkr melebihi Pas dalam PRU 12, padahal nyawa Pkr baru setahun jagung jika dibandingkan dengan Anwar. 

Konflik antara Pas dan Pkr telah lama dikesan dan akhir-akhir ini pertentangan semakin ketara di Perak. 

Pemimpin Pkr Perak gagal dalam menjalinkan kerjasama baik antara dua pihak. 

Pas Perak merasakan mereka lebih kuat dari Pkr dan Dap, bahana daripada perlantikan Nizar Jamaludin sebagai menteri besar ke 10 dan paling singkat dalam sejarah Perak. 

Kerana mimpi lain-lain walaupun tidur sebantal dan sekatil, ketiga-tiga komponen parti pembangkang ini gagal bersatu dibawah satu panji. 

Walaupun Anwar berlagak seperti abang besar dan kononnya berkuasa untuk menentukan siapa calon Pas dan siapa calon Dap tetapi penentangan jelas berlaku di Perak. 

Salah satu sebab Anwar ingin bertanding di Perak ialah untuk meraih undi orang Melayu dan Cina. 

Kelemahan Pas di Perak dilihat memberi kelebihan kepada Pkr dan Anwar perlu bijak menyusun strategi untuk menyatukan 3 parti ini agar menyokong beliau merampas semula Perak. 

Anwar sedar Selangor akan hilang dan akan kepada BN. 

Hanya Perak menjadi harapan beliau kerana pembangkang hanya dapat memerintah 11 bulan sahaja dan ia peluang dan modal besar Anwar untuk cuba try test kali kedua. 

Yang pasti rakyat Perak sudah cukup terseksa di bawah pentadbiran pembangkang selama 11 bulan. 

Orang tidak akan jatuh kali kedua dalam lubang yang sama. 

Sekian /..... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...