Tuesday, April 2, 2013

LAGI @AnwarIbrahim JANJI TUTUP CASLBERG SELANGOR? @khalidsamad

Kesilapan Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah kerana terlalu banyak berjanji semasa kempen Pilihan Raya 2008 sehingga tidak mampu ditunaikan. Mereka berjanji hanya untuk menang pilihanraya sahaja.

Terbaru pada 28 Mac lalu seramai 1,010 suri rumah memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor menuntut tunggakan sejumlah RM5.858 juta kerana gagal memberikan bantuan elaun kepada suri rumah yang menjaga anak mereka di rumah seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Saman difailkan Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak suri rumah di Selangor yang diketuai seorang suri rumah, Norela Abu Bakar, 41.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada suri rumah sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008.

Kejadian 11 bulan kerajaan cina DAP memerintah negeri Perak yang majoriti orang Melayu dianggap satu mimpi buruk buat rakyat Perak, kata YB Dato Hamidah ketika berceramah di pentas Srikandi Wanita Umno di Seksyen 17 Shah Alam malam tadi.

Rakyat Perak sudah sedar betapa rasisnya rejim DAP Perak yang menjadikan pemimpin Pas sebagai balaci mereka jika mereka diserang oleh orang Melayu.

Orang Shah Alam sepatutnya belajar daripada keadaan dan kejadian yang berlaku di Shah Alam dimana semasa berkempen pada PRU12 pemimpin Pas sering mengatakan sebaik sahaja kita menang sebelum ayam berkokok kita tutup kilang Carlsberg.

Kini ayam yang berkokok pun sudah mati dan kilang Carlsberg masih utuh. Apa alasan Khalid Samad tentang ini?

Umno Shah Alam perlu bersemangat untuk menghadapi PRU13 nanti

Sumber:SungaiRapat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...