Thursday, April 4, 2013

PENJELASAN PENGUNDI TEGAR @AnwarIbrahim KECEWA STATUSNYA KE PERAK

Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa 'besar kepala' sejak mendapat mandat besar dalam Pilihan Raya Umum 2008, di mana pakatan pembangkang berjaya menafikan 2/3 penguasaan Barisan Nasional di Parlimen dan Ketua Umum PKR dipilih sebagai Ketua Pembangkang setelah menang kerusi di Parlimen Permatang Pauh.

"Anwar semakin 'besar kepala' sejak mendapat mandat pada 2008 dan meminggirkan rakyat di sini dan hanya pulang sesekali, itupun jika terpaksa menghadiri majlis besar pembangkang negeri, manakala selebihnya untuk ceramah politik," kata Mohd Rafizal Yusof, 40, salah seorang pengundi Permatang Pauh kepada Berita Harian.

Menurutnya, keputusan Anwar mahu berpindah parlimen berpunca daripada kekurangan sokongan rakyat terhadapnya berikutan kegagalannya menumpukan kepada program dan pembangunan di kawasan parlimen tersebut.

Seorang lagi pengundi, Yusof Sudin, 75, berkata Anwar yang diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh sejak 1982 sudah jauh berubah kerana dilihat leka mendahulukan matlamat peribadinya berbanding berkhidmat kepada rakyat di kawasannya.

"Apa erti seorang wakil rakyat kalau bukan bersama rakyat? Sikap Anwar yang sibuk berpolitik menyebabkan dia lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan jarang sekali pulang ke kawasan untuk menjenguk rakyat.

"Kalau Anwar pulang ke Permatang Pauh pun, niatnya hanya sekadar untuk berkempen dengan memperdaya masyarakat di sini untuk terus menyokongnya. Namun, apabila rakyat memerlukan khidmatnya, dia 'lesap' entah ke mana dan ini membuatkan penduduk tawar hati untuk terus menyokongnya," katanya.

Yusof berkata, sikap sambil lewa Anwar terhadap penduduk Permatang Pauh berlaku kerana beliau terlalu selesa di kawasan yang dikatakan kubu kuatnya, selain yakin pengikut setianya akan terus menyokongnya.

"Sudah sekian lama penduduk Permatang Pauh dipergunakan Anwar dan kami semakin sedar keadaan ini dan kalau dia bertanding sekali pun di sini, saya percaya sokongan terhadapnya tidak lagi hebat seperti dulu dan kemungkinan besar beliau tewas," katanya.

Semalam, Ketua Pembangkang itu pada sidang media di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, mengumumkan akan bertanding di luar kubu kuatnya di Permatang Pauh dan memilih Perak pada PRU-13.

Sumber:AIDC
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Unknown said...

Salam Tuan, Mohon tuan pautkan blog sy aktiviskepayangjr.blogspot.com kedlm blog tuan, tuan punya blog dh lama dh sy pautkan.. terima kasih tuan.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...